|
 |
| |
| Sunday, 05 February 2012 |
Mail to AWI: service@angklung-web-institute.com |
|
|
Who's Online |
|
Ada 185 Tamu Online |
|
AWI Members |
 | 1717 terdaftar |
 | 0 hari ini |  | 0 minggu ini |  | 137 bulan ini |  | Terbaru: abudsingkong | |
|
AWI WebStat |
Anggota: 1719
Berita: 710
WebLinks: 7
|
|
|
|
|
LAMAN SENI PERDANA DI PUTRAJAYA (Utusan.com.my, 21 Februari 2008) |
|
|
|
Kontributor: Ifah Hanifah AWI
|
|
Thursday, 21 February 2008 |
|
KUALA LUMPUR 21 Feb. - Perbadanan Putrajaya akan menganjurkan Laman Seni Perdana Putrajaya sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang disambut awal bulan ini.
Program itu akan diadakan di Dataran Putra, Presint 1, berhampiran Masjid Putra pada hari Sabtu dan Ahad ini. Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan Perbadanan Putrajaya hari ini, tujuan program itu adalah memberi peluang kepada pengunjung dan pencinta seni untuk mengenali dan menghayati seni kraftangan tempatan dengan lebih mendalam. ''Ia juga bertujuan membuka peluang perniagaan kepada pengasas seni tempatan. ''Pelbagai aktiviti diadakan sempena program tersebut antaranya persembahan keroncong dan tarian zapin,'' kata kenyataan itu. Aktiviti lain yang turut diadakan pada hari tersebut ialah demonstrasi hasil rimba rotan, lukisan batik, bengkel lukisan menggunakan inai, bengkel seni pasir di botol, bengkel lukisan dan bengkel muzik angklung. Dalam pada itu, pelbagai gerai menjual barangan kraftangan dan lukisan turut diadakan pada hari berkenaan. Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Tengku Aina di talian 03-88877057 atau layari laman web www.ppj.gov.my. Hanya pengguna yang terdaftar yang boleh menulis komentar. Silahkan login atau daftar. Powered by AkoComment 2.0! |
|
|
|
|
|
| AWI: Angklung Web Institute © 2007
center of knowledge and competence of angklung
service@angklung-web-institute.com
|
|
|